Seringkali kali kita menganggap sepele tentang penggunaan warna dalam aktifitas sehari hari. Baik dalam berpakaian, kreatifitas seni, dan sebagainya. Kita kadang hanya memilih berdasarkan kesenangan atau asal iseng. Tahukah anda bahwa penggunaan warna membawa makna tersendiri dalam pandangan ilmu dan rasa. Berikut beberapa hal yang saya ketahui terkait makna setiap warna yang kita gunakan. Selamat belajar dan semoga bermanfaat,
Merah
Merah merangsang metabolisme,
meningkatkan kadar respirasi, perpeluhan, selera dan meningkatkan
tekanan darah. Merah dikaitkan dengan kebakaran dan darah yang
menggambarkan bahaya, kemarahan dan kekerasan. Merah juga dikaitkan
dengan hati , cinta dan keghairahan.
Warna merah dilambangkan sebagai
tenaga, kekuatan, keghairahan, keriangan, ketabahan, unsur kebakaran,
matlamat kerjaya, cinta, revolusi, bahaya, keazaman, kepimpinan, drama,
kelajuan, haba, keganasan, tumpuan dan kemurahan hati.
Oren (Jingga)
Oren ialah satu warna yang sangat
aktif dan bertenaga, walaupun ia tidak dapat menimbulkan keghairahan
seperti warna merah. Walau bagaimanapun, oren menggalakkan kebahagiaan,
mewakili sinaran matahari dan kreativiti. Oren juga melambangkan
keseronokan, cita-cita, hasrat, kejayaan, matlamat, daya kekuatan,
kehangatan, kemesraan, dorongan/galakkan dan mewakili belia.
Kuning
Kuning juga adalah warna aktif dan
bertenaga seperti oren. Kuning juga mewakili sinaran matahari, cahaya,
kebahagiaan dan keriangan. Kuning mewakili untuk melambangkan
kebijaksanaan, imaginasi, minat, semangat, harapan, ingatan, pengikut,
optimis, kepercayaan, persefahaman, falsafah dan mempercepatkan
pembelajaran.
Warna kuning merangsang kegiatan
mental, menghasilkan tenaga otot dan menarik perhatian - ia warna paling
dapat dilihat bagi mata manusia.
Hijau
Hijau biasanya dikaitkan dengan
alam. Hijau adalah satu warna yang menenangkan dan melambangkan
pertumbuhan, kesegaran dan harapan serta mudah di mata secara visual.
Hijau juga melambangkan pembaharuan, ketenangan, tenteram, kesuburan,
cemburu, tumbesaran dan renungan.
Hijau merendahkan tekanan darah,
meringankan sistem saraf, menenangkan dan melegakan fikiran dan
merupakan penahan selera. Hijau mudah di mata dan boleh memperbaiki
wawasan.
Biru
Biru dikaitkan dengan warna laut dan
langit yang memberi ketenangan dan kebebasan. Biru dilambangkan sebagai
perlindungan, inspirasi rohani, ketenangan, keyakinan, keamanan,
pemikiran yang tinggi, kesetiaan, keikhlasan, kebenaran, idealisme,
kepintaran, kesejukan, keselesaan, kerjasama, teknologi dan empati.
Hitam
Hitam digunakan untuk mewakili
kematian, kejahatan, kesedihan. Hitam juga melambangkan perlindungan,
kuasa, formaliti, misteri, bermutu tinggi, ruang, kekosongan,
kecanggihan, kebolehpercayaan dan martabat.
Hitam ialah satu warna teknikal cemerlang dan ia membantu menyasarkan satu pasaran mewah canggih.
Kelabu
Kelabu ialah warna intelek,
pengetahuan , dan kebijaksanaan. Ia dilihat sebagai tahan lama, klasik
dan seperti licin berkilat atau halus. Ia satu warna yang menimbulkan
rasa hormat, konservatif , dan membawa kuasa. Kelabu juga melambangkan
kesedihan, membosankan, kemuraman, praktikal, profesional, canggih,
kualiti dan keselamatan.
Silahkan share tulisan ini dengan click icon di samping dan atau menyertakan sumber.
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.